Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum..



Jom join this contest. Klik banner kalau nak sertai.

Hadiah dan pemenang yang akan dipilih

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]
Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali.Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.


Penuhi Impian Perutku

Assalamualaikum

Holla everyone. Akhir-akhir ini kerja aku kat rumah jadi tukang masak tidak berbayar untuk keluargaku terchinta.. Even tak de lah sedap macam mama atau ayah aku masak tapi bolehlah kan untuk memuaskan perut mereka. Aku pun tak tahu kenapa mama menyerahkan tugasan ini untuk aku. Mungkinkah beliau sedar akan kedewasaan anaknya? Ataupun sebagai persediaan sebelum perkahwinan? Wahahaha.. 

Lagipun sejak menjadi 'chef' ini, aku sudah jatuh cinta dengan hobi baru ini. Tak ada lah susah mana. Macam buat compounding kat dispensing lab. Campur bahan-bahan dah jadi benda. Compounding lagi susah daripada memasak. Muahaha.. Mulalah nak mereka-reka makanan demi menggembirakan perutku ini.

Apabila cutilah yang boleh bermanja-manja dengan perut. Sebabnya bila dah start kuliah, perutku ini di anak tirikan. Even dia menjerit-jerit dan meraung-raung hatta membuat konsert rock pun aku buat endah tak endah kerana kebizian yang melampau dengan assignment dan sebagainya. Paling-paling pun bagi biskut kering dan air putih. Nasi pun masa lunch aja. Itupun kalau sempat. Maaf ye perut..

Pagi tadi perut minta diisi dengan sesuatu yang berkeju. Jadi mulalah otak berfikir untuk memenuhi hasrat perut ini. Maka terjadilah resepi ini. Tak tahulah bagi korang sedap ke tak tapi taste bud dan otak aku mengatakan yang benda ini sedap. That's why i wanna share this recipe. 


Bahan-Bahan

~Roti
~Butter/Margarine
~Telur
~Origano dan serbuk lada hitam
~Carrot dan tomato
~cheese
~Sausage / Nugget


Cara-caranya

  1. Potong roti kepada empat bahagian. Tapi sebab kemalasan aku potong dua saja. Apa-apa pun ikut suka korang. Pastu sapu butter untuk setiap kepingan roti itu.
Pastu susun kat loyang kemas-kemas. 

2. Parut carrot dan potng tomato kecil-kecil. Pastu tabur atas roti

3. Potong sausage dan letak atas roti

4. Tabur serbuk lada hitam, oregano dan last kali keju banyak-banyak

5. Masukkan ke dalam oven dan bakar sampai masak. Aku punya 15-30 min. 150 degree Celsius. Pastu makan dengan sos. 

Sebelum dibakar
Selepas dibakar. Cheese melimpah-limpah. Seronok perut aku.

  


Ghost

Assalamualaikum 


Hari ini nak share satu korean drama yang aku rasa sangat awesome. This just my opinion. Tiga empat kali jugak la aku dok ulang ulang cerita ini sebabnya cerita ini tidak bosan. Sungguh aku tak tipu. Tanjuk cerita ini seperti tajuk enteri aku iaitu Ghost. Ghost?? Seram ke?? Ok drama ini bukan pasal hantu ke makhluk halus mahupun jin ataupun syaiton.. No..no.. Aku tak akan tegok cerita-cerita yang bergenre bergini.

Cerita ini mengenai dunia kepolisan. Kenapa Ghost? Sebab cerita ini pasal jenayah siber yang sesiapa pun boleh terlibat tetapi identiti penjenayah tu susah nak trace macam hantu lah jugak. Aku suka tengok cerita-cerita yang bersiri penyiasatan seperti CSI, Bones, drama-drama kepolisan dan seangkatan dengannya. Since I was in standard two. Dulu-dulukan TV3 pukul 6 petang tak silap selalu tayang cerita cina kan. Kalau yang tentang kepolisan tu yang aku paling minat. Sampai ayah aku predict I'll be a police woman someday. Tapi, entah macam mana sesat in medical field. Dulu konon-konon nak jadi ahli forensik tapi kita hanya merancang sahaja kan. Well, every happens for a reason. Tapi minat yang mendalam terhadap drama sebegini tidak pernah pudar. 


Bajet-bajet nak jadi polis macam ini. Muahaha..

Back to the main topic. The synopsis is about Kim Woo-hyun is the only son of a prominent police officer. Determined to make his own mark, he breezes through police academy, and along the way racks up accolades, top of the class honors, a lot of praise and perhaps envy from his colleagues.Assigned to the cyber investigation unit, detective Kim finds himself entrenched in an intense cat and mouse game with faceless enemies in the cyber world. Tirelessly hunting hacker named Hades, he traces the hacker's location to an apartment building and arrives just in time to witness an actress fall to her death from the high-rise. What appears initially to be a suicide case reveals a trail of crime and conspiracy that leads to an enigmatic nemesis, and may link right back to Woo-hyun himself.

Overall cerita ini pasal jenayah dunia siber, hack orang bagai. Sesiapa yang suka cerita ceggini diharuskan menontonnya. Diharuskan tau bukan diwajibkan. Hehe.. Aku suka cerita ini sebab dengan cerita ini baru aku tahu yang rupa-rupanya bahaya gak bila orang hack kita punya akaun atau komputer kita. Pastu cerita ni banyak mengajar aku yang tak semua orang yang baik dengan kita tu betul-betul baik. Boleh jadi dia tikam kia dari belakang dan yang kawan yang kita rasa annoying tu yang kadang-kadang kawan yang paling baik untuk kita. 

Pastu drama ni mula-mula aku suka kat hero dia pastu lama-lama jadi tak suka sebab macam eh dia ni jahat ke? Pandai betul nak kelirukan perasaan penonton tau. Orang yang tak aku sangka-sangka boleh jadi penjahat. Sebab tu cerita ni tak bosan sebab aku asyik fikir siapa penjenayah yang sebenar dan di kalangan  team diorang pun ada pembelot. So, best cerita ni. Yang penting korang kena tengok wokey..



Barisan pelakon
Salah satu babak dalam cerita ini.

Geng cyber investigation unit. Dalam ramai-ramai ni ada pembelot. Siapakah?

GIVEAWAY CNY by DEDEQ

Assalamualaikum..


Sila klik  jika berminat untuk sertainya



Hadiah

1. Baju / Dress untuk top komenter x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung bawal x 2
5. Topup x 3 (Digi , Maxis , Celcom)

SENANG , MUDAH , CEPAT dan SIMPLE kan syarat ? Jom pakat join ^_^

START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)
- Jika penyertaan Lebih pada 100 orang , hadiah akan ditambah -

EXO MERCHANDISE

OPEN ORDER UNTIL 10/3/2014



EXO INDIVIDUAL MINI MP3 -  RM 47
AVAILABLE WITH 12 MEMBER VERSION 


SWEATER- RM 75
*Fabric Category: flannel pull
*Fabric material: cotton
*SIZE : Male - ( S - XXL)
*SIZE : Female - ( S - L)
PLEASE TELL ME WHICH WANT DO YOU WANT

HEAD PHONE 1- RM 47

XOXO INDIVIDUAL T-SHIRT- RM 55
PLEASE STATE WHICH MAMBER DO YOU WANT
SIZE :
S - 
Shoulder : 39cm x 2 
Bust : 47cm x 2
Tee Length : 63cm

M - 
Shoulder : 40cm x 2 
Bust : 48cm x 2
Tee Length : 65cm

L - 
Shoulder : 42cm x 2 
Bust : 50cm x 2
Tee Length : 68cm

XL - 
Shoulder : 44cm x 2 
Bust : 52cm x 2
Tee Length : 68cm

MUG- RM 27

INDIVIDUAL BRACELET- RM 40
PLEASE STATE WHICH MAMBER DO YOU WANT

SPECTACLE- RM  15

HEADPHONE 2- RM 45

TUMBLER- RM 25

TOWEL- RM 35
SIZE: 20CM X 80CM

INDIVIDUAL MP3
RM85


*AVAILABLE WITH 12 MEMBER VERSION
*PLEASE STATE WHICH MEMBER YOU WANT WHEN ORDERING.

*NO EARPHONE INC ONLY CHARGER ^^

Support audio formats: mp3

Supported video formats: MPEG-4, MOV, H.264, WMV, AVC, RM, AVI

Memory : 512M * you can buy memory card in other shop*

HEADPHONE 3- RM 60
PLEASE STATE WHICH COLOUR DO YOU WANT


SCHOOL BAG- RM 65
BLACK/BLUE

NOTES- RM 12
PLEASE STATE WHICH COLOUR DO YOU WANT

INDIVIDUAL HEADPHONE- RM 45
PLEASE STATE WHICH MEMBER DO YOU WANT

MP3 MINI 2-RM45

*AVAILABLE WITH 12 MEMBER VERSION
*PLEASE STATE WHICH MEMBER YOU WANT WHEN ORDERING.

INDIVIDUAL BRACELET- RM 17
PLEASE STATE WHICH MAMBER DO YOU WANT



INDIVIDUAL BAG- RM 75
SIZE : 45CMx30CMx15CM 

*available with 12 member version XOXO version
*do tell me which version you want when ordering

KER CHAIN- RM 15

RM47

COLOR AVAILABLE : BLACK | YELLOW

SIZE :
S -
Shoulder : 39cm x 2
Bust : 47cm x 2
Tee Length : 63cm

M -
Shoulder : 40cm x 2
Bust : 48cm x 2
Tee Length : 65cm

L -
Shoulder : 42cm x 2
Bust : 50cm x 2
Tee Length : 68cm

XL -
Shoulder : 44cm x 2
Bust : 52cm x 2
Tee Length : 68cm

SHOES- RM 75
PLEASE STATE WHICH MEMBER DO YOU WANT
SIZE:
36 : foot length 23.0cm 
37 : foot length 23.5cm 
38 : foot length 24.0 cm 
39 : foot length 24.5cm

BADGE- RM 15

HEADPHONE 4- RM 52
AVAILABLE IN 12 MEMBER VERSION

SCOOL BAG 2- RM 77 

EARPHONE -RM 17.00

available - 12 Member
___________________
*COLOUR

BLUE - exo / kai / sehun /
BLUE WATER - d.o / chen /
GREEN - baekhyun / chanyeol
RED - Tao / Luhan / Kris / Xiumin
PINK - Suho / Lay
WOLF JACKET VARSITY- RM 115
BLACK/RED
SIZE: S- XL
PILLOW- RM 45
SIZE: 40 CM X 40 CM
XOXO SHOES- RM 60
Size : 35 , 36 , 37 , 38 , 39
GLOWY SHOES- RM 65
SIZE: 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43

LED WATCH 2- RM 47
PLEASE TELL ME WHICH COLOUR DO YOU WANT







HARGA DIATAS TIDAK TERMASUK POSTAGE


Can you?


You're an awesome user if you can remember it.  

Gadget Oh Gadget





Assalamualaikum..

Adakah anda gila kepada gadget-gadget terbaharu? Sentiasa update pasal perkembangan gadget di seluruh dunia? Korang ada setiap jenama gadget di seluruh dunia ini? Kalau ya, korang memang hebat.. Tidak dapat di nafikan bahawa gadget amat penting di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini. Manusia dapat berhubung dalam sekelip mata sahaja tidak kira di mana mereka berada. Memudahkan kita menyiapkan assignment dengan pantas dan mebolehkan kita menerokai dunia luar dengan satu klik sahaja kan?


Dengan adanya gadget seperti ini, hubungan kita dengan Pak Cik Google pun semakin rapat ^.^
 Tapi masalahnya sekarang manusia ni kan suka menyalah gunakan kebaikan gadjet-gadjet ini. Seperti contoh dekat dewan kuliah selamba badak aje budak-budak ni dok melayan fb dengan tablet atau handphone diorang. Suka hati mak bapak diorang aje. Walaupun lecturer tak perasan atau ada sesetengah yang tak kisah pun, tapi kita sebagai murid kenalah hormat dengan orang yang tengah memberi ilmu dekat kita.  Lecturer kat depan penat-penat terangkat depan, diorang kat belakang berselfie?? WTF
Tahulah pandai tapi ini pasal adab beb.. Respect sikit lu punya pensyarah.. 

Sumber daripada Pak Cik Google
Lagi satu masalah ialah meniru menggunakan phone. Phone sekarang nipis-nipis dan kecil molek. Senang nak seludup bawak masuk exam hall. Dah banyak kali kes macam ni berlaku. Ni lecturer yang cerita tapi tak jadi dekat batch kite orang. Senior-senior yang buat. So, setiap kali exam mesti lecturer akan beri peringatan. Meniru pun takberkat ye kawan-kawan. Kalau dah tak study tu buat cara tak study. Kalau nak score, kena lah usaha. Kalau tak ulang kaji memang tak la nak dapat perfect. Kalau kena tangkap tak ke menghancurkan mak bapak korang. Yelah silap-silap kena tendang dari uni.



Budak-budak kecil pun dah pandai pakai gadget. Ada aku tengok mak bapak bagi tablet or ipad apabila anak diorang menangis. Yang ajaibnya terus senyap budak tu. Bila balik kampung aku tengok sepupu-sepupu yang kecil leka main ipad bukannya nak beramah mesra dengan keluarga. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai ini kan. Dulu kita orang main panjat pokok rambutan, mak-mak atapun main explorace. Memang bestlah sebab semua sepupu participate. Sejak wujudnya ipad dan tablet, semua dok meghadap benda tu. Yang tak dak gadget duduk lah tengok depa main. Sangat tak bersosial. Aku terkial-kial nak guna ipad tapi adik aku yang umur 7 tahun lebih advance daripada aku.

Mak bapak kaya sorang sebijik dapat laptop.. Apple pulak tu..


Patut ramai aku tengok darjah satu berlambak dah pakai cermin mata. Sebab almost a day they spend their time on gadget. Apabila kecil-kecil lagi dah pakai specs tak ke rasa pergerakan atau nak buat aktiviti yang lasak tu terbatas. Aku rasa benda yang sama apabila nak main bola jaring. Kalau dah bukak spec tu mana nak nampak bola tu pergi mana. -.-"

 

New method of taking notes in class. Always happens in my class.

Cucur Manis

Assalamualaikum..

Bagun pagi terasa lapar. Tengok dekat meja nak tahu mama punya menu sarapan hari ini. Kosong. Oh, mama bagun lambat hari ini sebab semalam tidur lewat punya pasal melayan karenah adik aku. So, terpaksa buat sarapan sendiri. Mungkin mama rasa aku dah cukup dewasa untuk buat sarapan sendiri agaknya sebab biasanya kalau mama tak sempat buat sarapan mama beli je dekat depan rumah. Tetapi tidak untuk hari ini. Nak tak nak memang terpaksa buat sarapan sendiri. Lapar punya pasal.

Tetiba nafsu nak makan cucur manis muncul dengan dasyatnya. Dah lama tak makan cucur ni. Makan bersama teh panas di pagi hari yang dingin ini..perghh..meleleh air liur. Text mama mintak resepi. Tengok bahan-bahan dia ya ampun sangat simple. Lagi aku suka kalau bab-bab rsepi yang mudah ini. 

Bahan-bahannya:


  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • baking powder
  • soda bicarbonate 
  • 6 sudu besar susu pekat manis
  • susu segar setengah cawan (aku guna susu tepung sebab susu segar dah habis)
  • air
  • garam

Campur kesemua bahan-bahan diatas kemudian goreng. Mudahkan. Sedap dihidang bersama nescafe panas. Alhamdulillah kenyang sudah bah.. Perut kenyang hati pun senang. Tak gitu??? 



Tetiba tersesat yang hitam manis  dalam golongan yang putih..





Aktiviti Hari Ini

Assalamualaikum..

Tengah hari tadi bosan sangat sebab tak dak siapa kat rumah. Tengok tv, online adalah aktviti aku kat rumah sepanjang cuti sem ini. Sangat tak produktif cuti kali ini. Nak cari kerja tapi banyak dah isi dengan budak-budak lepasan SPM. Dah terpaksa duduk rumah diam-diam. Mama balik dia cakap adik mintak mama buat chicken chop. Alang-alang dah menghadap laptop mama suruh aku cari resepinya. Mama tak pernah buat sebab biasanya beli je tapi kali ini nak try jugak buat. Mula-mula aku tak berminat sangat nak tolong mama masak sebab tengah layan running man kan. 

Masa cari resepi tetiba perasaan nak cuba buat pun terbit. Sebabnya simple je buat benda ni. Kalau susah tak mau aku buat. Nampak tak kemalasan di situ. Btw, sangat-sangat mudah buat benda ini dan berbaloi kalau buat sendiri sebabnya MURAH. Tak paham aku kenapa harga kat kedai sampai RM 15 lebih. Disebabkan sangat mudah nak buatnya aku pun offerkan diri untuk buat chicken chop ini. Mama lagilah sukakan sebab tak perlu susah-susah masuk dapur. Hanya goyang kaki sambil tengok cerita sinetro tanpa gangguan. Just aku suruh mama siapkan ayam dan buang tulang-tulang ayan tu je. Sebab macam payah je kan. Hehe.. Aku bab payah-payah ni pass je kat mama. Yang senang je bagi kat aku. Nampak tak permainannya disitu?? Haha..

Yang bestnya, chicken chop tu menjadi. adik pun suka dan dia kata lain kali tak payah pergi kedai. Jimat dah dekat situ. Element yang paling penting iaitu sos lada hitam pun menjadi. Jadi petang yang mebosankan hari ini diisi dengan aktiviti memasak yang sangat mudah. Tengah fikir nak isi hari esok dengan aktiviti apa? Humm???

 Tadaa..ini dia my first chiken chop. Gambar tak clear sebab guna phone murah jek..

Kepulangan

Assalamualaikum..

Sudah seminggu aku berada di rumah kesayangan ku kerana cuti sem sudah pun bermula. Rindu terhadap rumah tidak dapat dibendung lagi. Aku jarang balik rumah. Dalam satu sem tu aku akan balik bila cuti panjang sahaja seperti cuti midsem. Setakat cuti tiga empat hari aku tak balik sebab penat nak ulang alik naik bas. Penat tau!! Tapi nasib baik family rajin datang ke kolej melihat aku dan kiteorang selalu sewa homestay duduk sama-sama.

So, sekali dalam lima bulan aku akan balik. Sangatlah rindu kat katil ku yang empuk beserta teddy bear aku. Sebab lama sangat tak balik rumah, banyak benda aku rasa janggal kat rumah sendiri bila first time jejak kaki dekat rumah sendiri. Mesti akan ada perubahan bila tiap kali aku balik sempena cuti sem. Contohnya, sebelum aku balik ke kolej dulu, Fia (nama kucing aku) beranak. Anak-anaknya ada tiga ekor semuanya. Masa tu kecik molek je anak kucing tu. Dah bila balik mingg lepas, "mama, tu kucing baru ke? amnik kat mana?". Mama jawab " Apa kau mengarut, ni kucing lama." Serius pelik sebabnya dulu tengok kecik-kecik tapi sekarang dah besar macam mak dia. Pantas betul tumbesaran mereka. Tanjat kakak tau bila tengok anak-anak buahnya dah besar. Adakah disebabkan minum susu enfagrow?

Bukak tv tak tau nak tengok cerita apa. Dah lama tak tengok tv kan. Kat kolej ada je bilik tv tapi nak kena berebut dengan budak-budak yang lain. Ada nak tengok korea, ada nak tengok drama. Asyik tukar-tukar siaran last-last aku tak faham plot cerita sebab dah bercampur-campur. Baik aku duduk bilik buat assignment lagi bagus. Bila balik rumah mama recommend cerita ini best la itu best la. Aish, sejak bila mama pandai layan cerita-cerita macam ini. Biasanya sibuk memanjang. Pelik. Sangat pelik. Mungkin anak-anak dia dah besar-besar dan tak masing-masing dah ke asrama, universiti tu yang dia boring kot.

Lagi satu yang buat aku terkejut ialah adik aku. Dulu-dulu tengok cerita kartun je memanjang. Dialah nak conquer remote tu. Pantang aku nak buka cerita drama mula dia membebel. Sekarang ini lain pulak. Dia sibuk tenguk drama Ariana Rose ke hape entah kat tv3 tu. Punya la cakap best cerita ni. Adik dulu kau tengok spongebob je dik sekarang tengok Ariana Rose pulak. Sangat pelik. Dan baru aku sedar yang dia dah besar sekarang. Deco rumah aku dah lain, jiran sebelah jiran baru dan macam-macam lagi. Lima bulan je pun tak balik tapi banyak benda berlaku. Betul, benda atau orang boleh berubah seiring dengan perubahan masa. Takkan nak sentiasa di takuk lama je kan?

Adik dulu ni cerita fav kau. Tapi itu dulu..


Last Minute






Siapa pernah mengalami situasi di atas? It is always happen to me. Suka bebenor nak tangguh-tangguh kerja. Do not happen only during examination, but almost everything ok. Bertangguh tu bukan amalan mulia. Tahu tapi masih nak buat jugak. Benda macam ni berlaku sebab hidup tak dak discipline. Hoi, dah tua pun still tak tahu time management. Sikap ni serius kena ubah.

Lecturer suruh hantar assignment pada sekian-sekian hari. Cek kalender, cakap kat diri sendiri, "Oh, minggu depan kena submit. Lambat lagi." Put them aside and berjimba tak ingat dunia. Bila dah nak dekat tarikh submission mula gelabah tak tentu pasal. Pastu kutuk diri sendiri. Geram dengan diri sendiri. Loss idea, blurr pastu tak tau nak buat apa. Stress tak tentu hala. Pernah sekali kena hantar assignment agama. Dah siap dah cuma tinggal nak edit isi. Tangguh dulu kononnya edit je pun bukan lama mana. Malam tu edit dan tetiba lappy hang, dan mati tetiba. Tak ke rasa nak baling je lappy ni. Mulalah berdoa supaya data tak hilang. Masa tu jugaklah janji kat diri sendiri kata tak nak buat macam ni dah. Janji nak buat awal-awal. Tapi, sayangnya, janji tinggal janji..




Pernah kena tegur dengan lecturer sebab hantar tutorial dengan tulisan cakar ayam. Itu gara-gara buat kerja tutorial pada pukul 6 pagi sejam lebih sebelum ke kelas. Tiga soalan je pun. Tapi, nak jawab satu soalan tu pun take time tau. Satu soalan kena huraikan berjela-jela dah macam karangan pmr. Gila tak? Dah last minute tulisan pun ala-ala bajet doktor la kan. Macam mana lecturer nak bagi baca dan bagi markah kalau dia tak faham. Nasib baik, dia suruh salin semula dan hantar kat dia balik. Sempoi la kalau dapat lecturer macam ni kan tapi agak-agak la. Bukan semua benda nak bernsib baik. Buatnya nasib tak baik macam mana? Markah kalau dapat telur ayam macam mana? Walaupun sikit markahnya, still bagi kesan dekat carry mark. Tu yang kena buat betul-betul sebab carry mark sangat penting.. Huhuhu...

Satu tabiat aku ialah suka mengemas last minute. Aku akan kemas barang-barang sehari atau dua hari sebelum balik ke kolej. Bila dah kemas last-last minute ni mula la ada barang tertinggal la, bawak barang-barang tak penting la. Pastu suruh parents hantar. Kalau kolej sebelah rumah boleh la kan nak menghantar. Sebelum nak dapat barang tu kena tadah telinga dengar parents membebel. Mulalah masa tu rasa macam mama dah tak sayang aku. Sob... sob... Padahal kau tu yang tak sayang diri sendiri. Dah, padan muka dengan kau.    



Study last minute pun sering terjadi pada diri aku. Kalau gifted, otak macam sponge boleh serap segala benda no hal nak study bila pun. Ni nak menghafal satu bab pun rasa macam penuh otak ada hati nak study last minute. Study week seminggu, orang lain pulun sakan study aku pulun tidur weh. Sadis sungguh diri ini. Gap between papers ada dalam empat hari still tak insaf lagi. Even untuk subjek anatomy yang banyak kena hafal tu pun aku boleh pandang sebelah mata. Bila dah nak dekat exam mula nak stay up bagai. Minum nescafe, kopi empat lima cawan. Otak nak rest tapi bagi pressure pulak kat otak. Macam mana otak nak berfikir dengan elok. Pastu sanggup tak turun beli makanan sebab bila turun beli makanan ambik masa setengah jam. Pada masa tu tiga puluh minit itu rasa sangat bermakna sampai sanggup berlapar padahal sebelum ni dok layan running man dua tiga jam tak rasa pulak yang dua tiga jam dihabiskan dekat running man sangat bermakna. -Sigh- Itulah namanya manusia. 

Macam sama je situasi kita..

Sekarang ini dalam proses muhasabah diri untuk jadi yang terbaik. Umur makin naik so, handle sesuatu pun harus dengan matang. Ya, urus masa dengan matang. Aku harus berterima khas kepada my roomie. Aku akan cakap dengan dia yang aku tak nak tegok running man, tidur or buat benda-benda tak berfaedah. So, room-mate aku ni akan tegur aku bila aku terlepas daripada landasan kebenaran. LOL.. Tegur bukan tegur biasa ye tapi lebih kepada perlian. Perli dia tu perghh..mendalam dan kadang-kadang aku makan dalam. Tapi, disebabkan perlian itulah aku akan lupakan benda-benda lagha dan sambung study. Haha.. Sangat berkesan.  


That is so true