Carbonara Tanpa Prego

Assalamualaikum

Dah lama tak jenguk-jenguk blog ni. Almaklum sahaja bila dah masuk sem baru kelam kabut sikit jadinya. Nak atur jadual lagi. Nak adapt dengan subjek baharu lagi. Huru-hara jadinya. So, bila dah tenang sikit bolehlah nak spend masa sikit untuk berblog walking.

Dah berblog walking tetiba rasa nak tulis something dekat blog ni. Tetiba nak share satu resepi iaitu carbonara. Baru minggu lepas buat sebabnya housemate teringin nak makan pasta. So, disebabkan mood rajin timbul dan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak maka berperanglah didapur untuk menyiapkan carbonara untuk housemate kesayangan. Tapi, tak gunakan prego ye.

Bahan-bahan

*pasta
*susu segar
*cendawan butang
*keju
*oregano
*tepung jagung
*bawang putih dan bawang merah yang dikisar
*sausage/ayam/daging hancur

Cara-caranya

1) Panaskan kuali dan masukkan bawang-bawang yang telah dikisar. Kemuadian masukkan sausage/ayam/daging serta cendawan butang.

2) Masukkan susu segar. Pastikan api perahan dan sentiasa dikacau sebabnya susu mudah meruap. 

3) Masukkan keju. Kalau perlu tambah garam tambahlah ye. Tapi keju tu dah masin sebenarnya. Kemudian masukkan oregano.

4) Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah di larutkan di dalam air. Ini untuk memekatkan kuah kita. Pandai-pandai ye agak nak letak berapa banyak. 

5) Celur pasta kemudian bolehlah makan. Senangkan??


Inilah rupa pastaku yang simple dan mudah untuk disediakan. 

3 comments: