The Heirs

Assalamualaikum..

Ni nak kenalkan my boyfriend..

Tunjuk from his side je.. Nanti takut ramai yang cair.. kikiki...
Hawtt sangat kenn?? Ok2!! Since cerita the heirs lakonan Lee Min Ho ni menjadi perbualan hangat so, aku pun terikut-ikutlah ingin menontonnya.. Tolong salahkan cerita ni.. Kita tak salah apa-apa pun (puihh..bajet innocent).  Memang aku follow perkembangan cerita ni sebelum dia on air tapi baru sekarang boleh tengok cerita ni sebabnya pelbagai rintangan dan halangan yang datang untukku ku menonton cerita ini. Cewwahh.. Still ep 4. Sangat baru ye.. Oh rumet aku dah berjaya habiskan cerita ini semalam.. Tengok dia teresak-esak sambil memegang beberapa helai tisu.. Sedih ke ending nya?? Aduh!! Kena cepat-cepat tengok ni.. Apa-apa pun Lee Min Ho dan Park Shin Hye memang daebak!! Lakonan mantap.. Siapa yang belum tengok jom kita. Ok nak pergi sambung tengok cerita ni.. Oh Lee Min Ho ku (sangat gedik).


Barisan pelakon yang mantap ^.^

Cuteness overload!!!!
Eonnie kenapa cantik sangat.. Kita jeles tau!!!

HEY SHOPAHOLIC 2 !!!

Assalamualaikum..

Hey penggemar baju-baju kawaii jom singgah ke blog ini <<sini>>. Dah lah comel macam marshmallow murah pulak tu.. Jom tengok koleksi- koleksi baju yang ada..





Aigoo,, comel sgt2!!
Geram tengok tau..mencabar keimanan.. 

Simple Giveaway From Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!


True Story!

 Student, have you experienced this? Lol ^.^


Segmen Blogwalking November Disember By Kinah

Assalamualaikum..


BAHAYA PARABEN

Assalamualaikum..


Ok girls and boys please check your cosmetic product now!!  ada tak dekat ingredient produk korang bahan seperti paraben? methylparaben? propylparaben? Hmm, kalau ada itu korang kenalah berhati-hati ye. Nak tau sebab apa? Jom baca.

Apa itu paraben?

Aku pun tak tahu pasal paraben ini. Sampailah suatu hari ustazah aku cerita pasal benda alah ini.. Ustazah aku cakap kalau produk kita ada bahan-bahan ni kita kena elakkan beli produk itu. Ok paraben ni sebenarnya bahan kimia yang  digunakan sebagai bahan pengawat terutamanya dalam bidang kosmetik dan juga bidang farmasutikal. Biasanya dijumpai di syampu, pencuci muka, pelembap, toner, deodorant, dan macam-macam la.

Aku buat sedikit research pasal paraben ni selepas ustazah aku cakap benda ni bahaya. Benda ni banyak digunakan sebab murah dan long-lasting. Di barat, penggunaan paraben ini menjadi kontroversi sebabnya sesetengah kajian mendapati paraben terdapat di cell-cell breast tumors. Dalam erti kata lain, bahan ini baleh membawa kepada breast tumors. The European Journal of Cancer Prevention melaporkan bahawa sesipa yang sering memakai deodorant yang mengandungi paraben, ada kaitan dengan tanda-tanda awal untuk mendapat penyakit breast cancer. 

Namun pengusaha-pengusaha kosmetik ini membantah dan tidak mempercayai akan fakta ini kerana bagi mereka bukti tersebut tidak kukuh walhal kerana paraben ini murah dan juga dihapuskan, akan menjejaskan perniagaan mereka. 

Jadi, disarankan korang meneliti dahulu produk yang korang nak beli. Takut kalau tersalah beli kita yang merana. Tolong jadi pengguna yang bijak ye.. Kalau boleh beli produk "paraben free" ok?




Saham Akirat

Assalamualaikum     


Tadi berblog walking di blog famous di Malaysia ini. Siapa lagi kalau bukan Fatin Liyana. Pastu terjumpa satu entri yang aku rasa patut dikongsi. Mungkin sebilangan daripada kita yang dah tahu tentang perkara ini. Tetapi aku nak share jugak.. Tak kira.. Mintak izin ye kak Fatin.

Well, kita sebagai manusia mesti banyak buat dosakan sama ada kita sedar mahupun tidak. Mungkin amalan-amalan dibawah boleh menolong kita. Mana kita tahukan? Anggaplah ini saham akhirat untuk kita. Tak perlu pun melabur beribu-ribu. Paling-paling pun tanam pokok. Mungkin hasil daripada pokok itu dapat memberikan kita manfaat yang kita sendiri tak sedar.. Amalan ini tak wajib pun just ini hanyalah cadangan. Kalau ada yang lebih baik dan yang kita mampu so buat la kan. 

Six easy ways to earn even after death 
  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain. 


Pernah terlintas nak derma telekung kat surau-surau. Sebabnya sedih tengok keadaan telekung kat surau-surau terutamanya di shopping complex dan kadang-kadang tak ada pun telekung. Doakan aku dapat melaksanakan hasrat ini ye..

Jom sebarkan ilmu ini. Ramai-ramai kumpul pahala sama-sama. Insyaallah kita sama-sama dapat manfaatnya..

Giveaway : VirtualMalaysia.com Promotes VMY2014

Salam,


VirtualMalaysia.com dengan baik hatinya, nak bagi hadiah banyak untuk promote diorang punya website yang juga merupakan website yang boleh dirujuk/dipercayai untuk tourist/travel sempena Visit Malaysia 2014! Jom usha Hadiah dulu ye! Jumlah hadiah adalah 26 dan Pemenang yang terpilih seramai 26 orang!

1. VM merchandise (T-shirt/Payung/Mug) + RM10 mobile top up = 3x

2. Payung Virtual Malaysia = 3x
3. T-Shirt Virtual Malaysia = 3x
4. Mug Virtual Malaysia = 3x
5. Long Chiffon Skirt (Yellow) = 1x
6. Long Chiffon Skirt (Blue) = 1x
7. Long Chiffon Skirt (Red) = 1x
8. 5 keping Voucher 10% Cupcake Lily Cafe = 10x
9.  Shawl (Handmade by Salju) = 1x

Jom tengok gambar-gambar hadiah, kalau bagi list je, xde la excited sangat kan? Hehehe 











Okay tak hadiah? Ni baru first give away taw, next time diorang akan offer hadiah lagi masyuk! hehehe. 

Nak join? Clik link dibawah! :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/giveaway-virtualmalaysiacom-promotes_27.html

 Hehehe . Simple jeee. Cepat join ramai-ramai! ajak kawan-kawan :)


Contest End : 31th December 2013! 


Artikel Pilihan:

Segment blogwalking




Suppository

Assalamualaikum..


Hari ini nak kongsi mengenai suppository. Pernah dengar tak perkataan ini? Kalau pernah tahniah aku ucapkan..*clap*. Sebab aku nak share ni pun atas alasan ramai yang tahu.. Mungkin korang tak pernah dengar kot perkataan ini tapi cuba tengok gambar kat bawah ni.......


Pernah tengok tak benda alah ni?? Kalau tak pernah sila lempang diri anda..
Apakah itu suppository (supp.)   

  • Supp. ni merupakan salah satu jenis ubat yang pada dimana ubat ini digunakan dengan cara memasukkannya ke dalam rektum (anus/punggung), vagina ataupun uretra. 
  • Terdapat dalam pelbagai berat, jenis, warna dan bentuk tetapi yang selalu dipasaran berwarna putih dan berbentuk seperti peluru.
  • Mudah cair, larut dan diserap ke dalam sistem peredaran darah. 

Mengapa menggunakan supp. daripada mengambil ubatan biasa?

~ Biasanya diberikan kepada pesakit yang sukar untuk mengambil ubat dalam bentuk oral seperti baby dan orang tua. Selain itu diberikan untuk orang yang pengsan. 
~Untuk penyakit yang melibatkan kawasan tersebut (vagina, rektum, uretra) seperti buasir.
~Sesetengah ingredient dalam ubat tersebut akan rosak kerana dicernakan oleh perut ataupun enzyme yang terdapat dalam perut. 

Cara-cara nak guna..

Klik dekat gambar untuk pembesaran yang nyata...

  1.  Sebelum nak guna, basuh tangan dahulu dan keringkan dengan tuala yang bersih untuk mengelakkan bakteria. 
  2. Pastikan supp. tu keras. Kalau rasa macam lembik sangat masukkan ke dalam peti sejuk beberapa minit. Seeloknya simpan supp. di tempat kering dan sejuk. 
  3. Ikut panduan dalam gambar tersebut. Make sure pesakit tersebut atau anda sendiri dalam keadaan tenang sebelum memasukkan supp.
  4. Lepas dah masukkan supps dalam rektum, jangan terus bangun. Baring dahulu untuk beberapa minit. Perkara ini untuk menggelakkan supp. itu terkeluar.

Harap enteri ini dapat membantu korang dalam penggunaan ubat seperti ini.. ^.^

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi

Assalamualaikum...

Ramai diantara kita malas nak breakfast kan?? Lagi-lagi student IPT sebab tak orang nak buatkan breakfast untuk kita. Kalau dulu dekat rumah hari-hari mama buatkan sarapan. Tapi bila dah dekat kolej siapa je yang rajin nak buat kan sarapan kan? Mengikut kajian sarapan ni sangat-sangat dituntut. Paling cikai pun makan roti sekeping dan segelas susu. Mudahkan? Tapi yang mudah itu lah orang selalu tinggal sebab wujudnya sikap malas dalam diri ini.


Heaven kan kalau bangun je pagi tetiba ada orang buatkan sarapan macam ni..siap berlove2..

Kenapa sarapan sangat penting??

1) Sarapan penting ye kerana korang pagi-pagi nilah korang nak buat kerja berat-berat. Macam student, jarak dari kolej anda ke fakulti mesti jauh kan??beribu-ribu batukan?? Disini peranan sarapan ini untuk anda. Membekalkan tenaga untuk anda-anda semua. Pernahkan, dok syok-syok mendengar lecture tengah explain kat depan pastu aku terdengar perut manusia ni berbunyi.. Oh men, kuat sangat..Girl pula tu.. For sure lapar dia tahap tak boleh bla..So, ingat ambik la sarapan ye..

2) Percaya ke tidak bahawa sarapan boleh mencegah daripada kegemukkan.. Pelikkan? Ok macam ni. Aku tak tau la korang punya pengalaman macam mana.. Tapi ni nak cerita sikit pengalaman aku. Aku kalau tak ambik sarapan mesti masa lunch aku makan macam esok aku tak hidup dah.lol.. Serious ni.. So, bila kita lunch melebih-lebih ini akan menyebabkan badan kita menyimpan lemak-lemak yang berlebihan di dalam badan..

Lagi satu bila kita ambil sarapan metabolisme dalam badan meningkat dan ini akan menyebabkan pembakaran kalori lebih berkesan.. Tapi kalau sarapan nasi lemak dua tiga bungkus faham-faham sendiri la ye..

Sebab dia ikut nasihat I, badan dia selim melim u'olls.lol..
3) Sarapan boleh meningkatkan kemampuan otak. Ketika bangun pagi, kebiasaannya tenaga kita berkurang kerana glukosa dan glikogen telah terurai dan telah digunakan oleh badan untuk menjalankan aktiviti hari sebelumnya. Sesungguhnya glukosa ini penting untuk otak. Sebab itu kita kan rasa blurr pagi2 bila tak ambik sarapan sebab otak tak bergerak..  

 Jadi janganlah abaikan sarapan pagi kalau anda sayang akan tubuh badan anda. Jangan dera badan korang dengan tidak mengambil sarapan.Paling simple pun minum segelas susu atau minum nesvita pun ok dah. So, grab your breakfast now!! 


dream 2



Dream as if you'll live forever...

HEY SHOPAHOLIC!!


ASSALAMUALAIKUM...

Hey, entri ini khas untuk shopaholic..siapa yang suka shopping? angkat kening sikit!! lol.. Ni nak share satu website yang sangat lah best untuk menghabiskan duit anda..nak cuci-cuci mata pun boleh..rambang mata den nengok website ni..tersangat la cumel baju-bajunya.. Meh sini kita nak introducekan(rosak bahasa) anda dengan http://www.nile.com.my/ . Sangatlah awesome sebab harga dia murah dan pelbagai barang yang ando boleh dapat dekat sini.. kalau nak tahu lebih detail pasal website ni silalah klik dekat link tu ye.. muahaha...


Ni nak tunjuk sikit..


ohoi..siapa tak teruja melihat coat yang hensem macam ni.. just RM 25.30

Sila  menangis tengok dress ni...T.T  RM 54.00 sahaja.


Apa lagi jomlah singgah ke website ini.


dream

ASSALAMUALAIKUM....
i love pastel colour very much..just like this picture, i hope someone can fulfil my dream..lol..^.^