Mulakan hari anda dengan sarapan pagi

Assalamualaikum...

Ramai diantara kita malas nak breakfast kan?? Lagi-lagi student IPT sebab tak orang nak buatkan breakfast untuk kita. Kalau dulu dekat rumah hari-hari mama buatkan sarapan. Tapi bila dah dekat kolej siapa je yang rajin nak buat kan sarapan kan? Mengikut kajian sarapan ni sangat-sangat dituntut. Paling cikai pun makan roti sekeping dan segelas susu. Mudahkan? Tapi yang mudah itu lah orang selalu tinggal sebab wujudnya sikap malas dalam diri ini.


Heaven kan kalau bangun je pagi tetiba ada orang buatkan sarapan macam ni..siap berlove2..

Kenapa sarapan sangat penting??

1) Sarapan penting ye kerana korang pagi-pagi nilah korang nak buat kerja berat-berat. Macam student, jarak dari kolej anda ke fakulti mesti jauh kan??beribu-ribu batukan?? Disini peranan sarapan ini untuk anda. Membekalkan tenaga untuk anda-anda semua. Pernahkan, dok syok-syok mendengar lecture tengah explain kat depan pastu aku terdengar perut manusia ni berbunyi.. Oh men, kuat sangat..Girl pula tu.. For sure lapar dia tahap tak boleh bla..So, ingat ambik la sarapan ye..

2) Percaya ke tidak bahawa sarapan boleh mencegah daripada kegemukkan.. Pelikkan? Ok macam ni. Aku tak tau la korang punya pengalaman macam mana.. Tapi ni nak cerita sikit pengalaman aku. Aku kalau tak ambik sarapan mesti masa lunch aku makan macam esok aku tak hidup dah.lol.. Serious ni.. So, bila kita lunch melebih-lebih ini akan menyebabkan badan kita menyimpan lemak-lemak yang berlebihan di dalam badan..

Lagi satu bila kita ambil sarapan metabolisme dalam badan meningkat dan ini akan menyebabkan pembakaran kalori lebih berkesan.. Tapi kalau sarapan nasi lemak dua tiga bungkus faham-faham sendiri la ye..

Sebab dia ikut nasihat I, badan dia selim melim u'olls.lol..
3) Sarapan boleh meningkatkan kemampuan otak. Ketika bangun pagi, kebiasaannya tenaga kita berkurang kerana glukosa dan glikogen telah terurai dan telah digunakan oleh badan untuk menjalankan aktiviti hari sebelumnya. Sesungguhnya glukosa ini penting untuk otak. Sebab itu kita kan rasa blurr pagi2 bila tak ambik sarapan sebab otak tak bergerak..  

 Jadi janganlah abaikan sarapan pagi kalau anda sayang akan tubuh badan anda. Jangan dera badan korang dengan tidak mengambil sarapan.Paling simple pun minum segelas susu atau minum nesvita pun ok dah. So, grab your breakfast now!! 


No comments:

Post a Comment