Suppository

Assalamualaikum..


Hari ini nak kongsi mengenai suppository. Pernah dengar tak perkataan ini? Kalau pernah tahniah aku ucapkan..*clap*. Sebab aku nak share ni pun atas alasan ramai yang tahu.. Mungkin korang tak pernah dengar kot perkataan ini tapi cuba tengok gambar kat bawah ni.......


Pernah tengok tak benda alah ni?? Kalau tak pernah sila lempang diri anda..
Apakah itu suppository (supp.)   

  • Supp. ni merupakan salah satu jenis ubat yang pada dimana ubat ini digunakan dengan cara memasukkannya ke dalam rektum (anus/punggung), vagina ataupun uretra. 
  • Terdapat dalam pelbagai berat, jenis, warna dan bentuk tetapi yang selalu dipasaran berwarna putih dan berbentuk seperti peluru.
  • Mudah cair, larut dan diserap ke dalam sistem peredaran darah. 

Mengapa menggunakan supp. daripada mengambil ubatan biasa?

~ Biasanya diberikan kepada pesakit yang sukar untuk mengambil ubat dalam bentuk oral seperti baby dan orang tua. Selain itu diberikan untuk orang yang pengsan. 
~Untuk penyakit yang melibatkan kawasan tersebut (vagina, rektum, uretra) seperti buasir.
~Sesetengah ingredient dalam ubat tersebut akan rosak kerana dicernakan oleh perut ataupun enzyme yang terdapat dalam perut. 

Cara-cara nak guna..

Klik dekat gambar untuk pembesaran yang nyata...

  1.  Sebelum nak guna, basuh tangan dahulu dan keringkan dengan tuala yang bersih untuk mengelakkan bakteria. 
  2. Pastikan supp. tu keras. Kalau rasa macam lembik sangat masukkan ke dalam peti sejuk beberapa minit. Seeloknya simpan supp. di tempat kering dan sejuk. 
  3. Ikut panduan dalam gambar tersebut. Make sure pesakit tersebut atau anda sendiri dalam keadaan tenang sebelum memasukkan supp.
  4. Lepas dah masukkan supps dalam rektum, jangan terus bangun. Baring dahulu untuk beberapa minit. Perkara ini untuk menggelakkan supp. itu terkeluar.

Harap enteri ini dapat membantu korang dalam penggunaan ubat seperti ini.. ^.^

No comments:

Post a Comment