Gadget Oh Gadget





Assalamualaikum..

Adakah anda gila kepada gadget-gadget terbaharu? Sentiasa update pasal perkembangan gadget di seluruh dunia? Korang ada setiap jenama gadget di seluruh dunia ini? Kalau ya, korang memang hebat.. Tidak dapat di nafikan bahawa gadget amat penting di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini. Manusia dapat berhubung dalam sekelip mata sahaja tidak kira di mana mereka berada. Memudahkan kita menyiapkan assignment dengan pantas dan mebolehkan kita menerokai dunia luar dengan satu klik sahaja kan?


Dengan adanya gadget seperti ini, hubungan kita dengan Pak Cik Google pun semakin rapat ^.^
 Tapi masalahnya sekarang manusia ni kan suka menyalah gunakan kebaikan gadjet-gadjet ini. Seperti contoh dekat dewan kuliah selamba badak aje budak-budak ni dok melayan fb dengan tablet atau handphone diorang. Suka hati mak bapak diorang aje. Walaupun lecturer tak perasan atau ada sesetengah yang tak kisah pun, tapi kita sebagai murid kenalah hormat dengan orang yang tengah memberi ilmu dekat kita.  Lecturer kat depan penat-penat terangkat depan, diorang kat belakang berselfie?? WTF
Tahulah pandai tapi ini pasal adab beb.. Respect sikit lu punya pensyarah.. 

Sumber daripada Pak Cik Google
Lagi satu masalah ialah meniru menggunakan phone. Phone sekarang nipis-nipis dan kecil molek. Senang nak seludup bawak masuk exam hall. Dah banyak kali kes macam ni berlaku. Ni lecturer yang cerita tapi tak jadi dekat batch kite orang. Senior-senior yang buat. So, setiap kali exam mesti lecturer akan beri peringatan. Meniru pun takberkat ye kawan-kawan. Kalau dah tak study tu buat cara tak study. Kalau nak score, kena lah usaha. Kalau tak ulang kaji memang tak la nak dapat perfect. Kalau kena tangkap tak ke menghancurkan mak bapak korang. Yelah silap-silap kena tendang dari uni.



Budak-budak kecil pun dah pandai pakai gadget. Ada aku tengok mak bapak bagi tablet or ipad apabila anak diorang menangis. Yang ajaibnya terus senyap budak tu. Bila balik kampung aku tengok sepupu-sepupu yang kecil leka main ipad bukannya nak beramah mesra dengan keluarga. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai ini kan. Dulu kita orang main panjat pokok rambutan, mak-mak atapun main explorace. Memang bestlah sebab semua sepupu participate. Sejak wujudnya ipad dan tablet, semua dok meghadap benda tu. Yang tak dak gadget duduk lah tengok depa main. Sangat tak bersosial. Aku terkial-kial nak guna ipad tapi adik aku yang umur 7 tahun lebih advance daripada aku.

Mak bapak kaya sorang sebijik dapat laptop.. Apple pulak tu..


Patut ramai aku tengok darjah satu berlambak dah pakai cermin mata. Sebab almost a day they spend their time on gadget. Apabila kecil-kecil lagi dah pakai specs tak ke rasa pergerakan atau nak buat aktiviti yang lasak tu terbatas. Aku rasa benda yang sama apabila nak main bola jaring. Kalau dah bukak spec tu mana nak nampak bola tu pergi mana. -.-"

 

New method of taking notes in class. Always happens in my class.

No comments:

Post a Comment