Aktiviti Hari Ini

Assalamualaikum..

Tengah hari tadi bosan sangat sebab tak dak siapa kat rumah. Tengok tv, online adalah aktviti aku kat rumah sepanjang cuti sem ini. Sangat tak produktif cuti kali ini. Nak cari kerja tapi banyak dah isi dengan budak-budak lepasan SPM. Dah terpaksa duduk rumah diam-diam. Mama balik dia cakap adik mintak mama buat chicken chop. Alang-alang dah menghadap laptop mama suruh aku cari resepinya. Mama tak pernah buat sebab biasanya beli je tapi kali ini nak try jugak buat. Mula-mula aku tak berminat sangat nak tolong mama masak sebab tengah layan running man kan. 

Masa cari resepi tetiba perasaan nak cuba buat pun terbit. Sebabnya simple je buat benda ni. Kalau susah tak mau aku buat. Nampak tak kemalasan di situ. Btw, sangat-sangat mudah buat benda ini dan berbaloi kalau buat sendiri sebabnya MURAH. Tak paham aku kenapa harga kat kedai sampai RM 15 lebih. Disebabkan sangat mudah nak buatnya aku pun offerkan diri untuk buat chicken chop ini. Mama lagilah sukakan sebab tak perlu susah-susah masuk dapur. Hanya goyang kaki sambil tengok cerita sinetro tanpa gangguan. Just aku suruh mama siapkan ayam dan buang tulang-tulang ayan tu je. Sebab macam payah je kan. Hehe.. Aku bab payah-payah ni pass je kat mama. Yang senang je bagi kat aku. Nampak tak permainannya disitu?? Haha..

Yang bestnya, chicken chop tu menjadi. adik pun suka dan dia kata lain kali tak payah pergi kedai. Jimat dah dekat situ. Element yang paling penting iaitu sos lada hitam pun menjadi. Jadi petang yang mebosankan hari ini diisi dengan aktiviti memasak yang sangat mudah. Tengah fikir nak isi hari esok dengan aktiviti apa? Humm???

 Tadaa..ini dia my first chiken chop. Gambar tak clear sebab guna phone murah jek..

No comments:

Post a Comment