Kepulangan

Assalamualaikum..

Sudah seminggu aku berada di rumah kesayangan ku kerana cuti sem sudah pun bermula. Rindu terhadap rumah tidak dapat dibendung lagi. Aku jarang balik rumah. Dalam satu sem tu aku akan balik bila cuti panjang sahaja seperti cuti midsem. Setakat cuti tiga empat hari aku tak balik sebab penat nak ulang alik naik bas. Penat tau!! Tapi nasib baik family rajin datang ke kolej melihat aku dan kiteorang selalu sewa homestay duduk sama-sama.

So, sekali dalam lima bulan aku akan balik. Sangatlah rindu kat katil ku yang empuk beserta teddy bear aku. Sebab lama sangat tak balik rumah, banyak benda aku rasa janggal kat rumah sendiri bila first time jejak kaki dekat rumah sendiri. Mesti akan ada perubahan bila tiap kali aku balik sempena cuti sem. Contohnya, sebelum aku balik ke kolej dulu, Fia (nama kucing aku) beranak. Anak-anaknya ada tiga ekor semuanya. Masa tu kecik molek je anak kucing tu. Dah bila balik mingg lepas, "mama, tu kucing baru ke? amnik kat mana?". Mama jawab " Apa kau mengarut, ni kucing lama." Serius pelik sebabnya dulu tengok kecik-kecik tapi sekarang dah besar macam mak dia. Pantas betul tumbesaran mereka. Tanjat kakak tau bila tengok anak-anak buahnya dah besar. Adakah disebabkan minum susu enfagrow?

Bukak tv tak tau nak tengok cerita apa. Dah lama tak tengok tv kan. Kat kolej ada je bilik tv tapi nak kena berebut dengan budak-budak yang lain. Ada nak tengok korea, ada nak tengok drama. Asyik tukar-tukar siaran last-last aku tak faham plot cerita sebab dah bercampur-campur. Baik aku duduk bilik buat assignment lagi bagus. Bila balik rumah mama recommend cerita ini best la itu best la. Aish, sejak bila mama pandai layan cerita-cerita macam ini. Biasanya sibuk memanjang. Pelik. Sangat pelik. Mungkin anak-anak dia dah besar-besar dan tak masing-masing dah ke asrama, universiti tu yang dia boring kot.

Lagi satu yang buat aku terkejut ialah adik aku. Dulu-dulu tengok cerita kartun je memanjang. Dialah nak conquer remote tu. Pantang aku nak buka cerita drama mula dia membebel. Sekarang ini lain pulak. Dia sibuk tenguk drama Ariana Rose ke hape entah kat tv3 tu. Punya la cakap best cerita ni. Adik dulu kau tengok spongebob je dik sekarang tengok Ariana Rose pulak. Sangat pelik. Dan baru aku sedar yang dia dah besar sekarang. Deco rumah aku dah lain, jiran sebelah jiran baru dan macam-macam lagi. Lima bulan je pun tak balik tapi banyak benda berlaku. Betul, benda atau orang boleh berubah seiring dengan perubahan masa. Takkan nak sentiasa di takuk lama je kan?

Adik dulu ni cerita fav kau. Tapi itu dulu..


No comments:

Post a Comment