Assalamualaikum
Holla everyone. Akhir-akhir ini kerja aku kat rumah jadi tukang masak tidak berbayar untuk keluargaku terchinta.. Even tak de lah sedap macam mama atau ayah aku masak tapi bolehlah kan untuk memuaskan perut mereka. Aku pun tak tahu kenapa mama menyerahkan tugasan ini untuk aku. Mungkinkah beliau sedar akan kedewasaan anaknya? Ataupun sebagai persediaan sebelum perkahwinan? Wahahaha..
Lagipun sejak menjadi 'chef' ini, aku sudah jatuh cinta dengan hobi baru ini. Tak ada lah susah mana. Macam buat compounding kat dispensing lab. Campur bahan-bahan dah jadi benda. Compounding lagi susah daripada memasak. Muahaha.. Mulalah nak mereka-reka makanan demi menggembirakan perutku ini.
Apabila cutilah yang boleh bermanja-manja dengan perut. Sebabnya bila dah start kuliah, perutku ini di anak tirikan. Even dia menjerit-jerit dan meraung-raung hatta membuat konsert rock pun aku buat endah tak endah kerana kebizian yang melampau dengan assignment dan sebagainya. Paling-paling pun bagi biskut kering dan air putih. Nasi pun masa lunch aja. Itupun kalau sempat. Maaf ye perut..
Pagi tadi perut minta diisi dengan sesuatu yang berkeju. Jadi mulalah otak berfikir untuk memenuhi hasrat perut ini. Maka terjadilah resepi ini. Tak tahulah bagi korang sedap ke tak tapi taste bud dan otak aku mengatakan yang benda ini sedap. That's why i wanna share this recipe.
Bahan-Bahan
~Roti
~Butter/Margarine
~Telur
~Origano dan serbuk lada hitam
~Carrot dan tomato
~cheese
~Sausage / Nugget
Cara-caranya
- Potong roti kepada empat bahagian. Tapi sebab kemalasan aku potong dua saja. Apa-apa pun ikut suka korang. Pastu sapu butter untuk setiap kepingan roti itu.
Pastu susun kat loyang kemas-kemas. |
3. Potong sausage dan letak atas roti
4. Tabur serbuk lada hitam, oregano dan last kali keju banyak-banyak
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar sampai masak. Aku punya 15-30 min. 150 degree Celsius. Pastu makan dengan sos.
Sebelum dibakar |
No comments:
Post a Comment