Assalamualaikum...
Well, kali ini tajuk entry aku bertajuk keinginaku..Aku pun tak tahu kenapa skema sangat tajuk ini. Adakah anda rasa begitu? Ok, I believe that everyone has their own desire on something right ? If not, you're not a human being or maybe you're an alien? Please check your status.. LOL.. Allah menciptakan setiap manusia mempunyai keinginan terhadap sesuatu. Sebabnya, dengan keinginanlah kita akan berusaha untuk mencapai apa yang kita nak tu.
Banyak keinginan yang aku nak capai dalam kehidupan ini. Well, hidup hanya sekali jadi kita mestilah nak corakkan kehidupan kita ini dengan warna-warna yang best-best jekan? Tapi apa yang aku nak sangat buat dan aku nak tulis kat sini ialah aku nak sangat pergi melancong. Why? Sebab banyak benda yang aku dapat daripada aktiviti melancong ini. Selain, daripada dapat menghabiskan duit
<T.T>, dapat tenangkan diri, dapat belajar budaya orang lain dan we can spend our quality time with le family. Orang kata muda-muda ni lah nak travel ke sana ke mari. Nanti dah kawin, dah ada komitmen yang besar payah nak jejalan. Kalau dapat husband yang sporting boleh lah kan nak pergi melancong merata. Harap-harap dapat yang macam tulah kan. Ni aku dapat nasihat daripada driver bas rapid. HAHAHA.. Belajar daripada pengalaman orang tua la katakan.
Dekat dalam Malaysia ni pun tak banyak tempat yang aku pernah pergi. Mostly family aku selalu jenjalan dekat Perak sebab aku pun tak tau..muahaha. Tapi, bila dah meningkat dewasa ini nak jugak merasa pergi jenjalan dekat negeri/negara orang kan? Oversea aku pernah pergi Arab Saudi. Best sangat tau. First time pergi sana teruja tapi tak bestnya aku demam pulak masa tu. Spoil betol tau..
Lepas trip ke Arab Saudi, kita orang dah tak pergi mana-mana dah sebab masing-masing busy. Mengalahkan PM tau busynya. Then, mulalah terkenang-kenang dan rindu nak pergi jalan-jalan. Dalam angan-angan aku banyak jugak la tempat yang aku nak pergi.
Dalam Malaysia:
- Pulau Sipadan, Sabah.
|
Awesome tak? Kalau korang rasa tak memang korang bukan pencinta alam.. Kalau rasa awesome say subhanallah.. |
|
Heaven on earth |
See, air laut dia as clear as crystal tau. First time tengok gambar ni terus set kat otak yang tempat ni wajib dilawati. Siapa kata Malaysia tak ada tempat yang cantik macam pulau oversea. Gambar ni ambik daripada Pak Cik Google je sebab tak pernah pergi lagi kan tapi tak tahu lah kalau pak cik google tu tipu saya..
2.
Pulau Redang, Terengganu
|
Another amazing island in Malaysia |
|
God's creations are always perfect
|
Cantik sangatkan. Ramai mat/minah salleh suka lepak kat sini mugkin sebab keindahan pulau ini yang sungguh mempersona. Pehh, ayat. Yang aku suka lautnya sangat jernih sampai boleh nampak dasar laut. Agak-agak kalau ikan jos mai datang nak gigit kita sempat lari kot sebab boleh nampak ikan jos tu. Hahaha.. Kuat no imaginasi aku. Once again these pictures was taken from google. Sungguh sedih, bilalah dapat ambik gambar guna camera sendiri
3. Puteri Harbour Family Theme Park, Nusajaya, Johor Baharu
|
Sanrio Hello Kitty Town
|
|
The Little Big Club
|
|
Nak jumpa kucing-kucing ni.. |
Tak tahulah kenapa aku tertarik nak pergi ke sini. Walaupun tempat ni lebih kepada budak-budak still aku nak pergi jugak. Mugkin sebab masa aku kecik-kecik dulu tak dak tempat yang best seperti ini. Yang ada cumalah playground depan rumah. Sadis sungguh zaman kecik-kecik ku dulu. Bertuah budak-budak sekarang sebab banyak tempat yang menarik untuk diorang berhibur. Tapi yang bestnya decoration dalamannya yang serba pink tu. Awww...suka sangat.
p/s: Banyak sebenarnya tapi kalau cerita dekat sini takkan habis..
Luar Negara:
|
Nami Island the famous island in Korea |
|
Nak rasa juga kesibukan di kota Seoul |
|
Lotte World, Seoul |
Kenapa Korea? Sebab aku peminat kpop. Hahaha.. Walaupun aku peminat kpop tapi aku nak sangat ke Korea bukan sebab kpop tapi sebab pemandangan yang indah terutamanya di Nami Island. Bila tengok blog-blog cerita pasal Korea macam tertarik sangat nak pergi sana. Tradisi dia dan makanan di juga membuatkan aku nak ke sana. Lagi-lagi bila nampak pokok yang dalam gambar atas tu terus rasa macam dalam mimpi.
2. Paris
|
Tempat wajib pergi kalau dah ke Paris
|
Paris salah satu tempat yang aku nak pergi. Semua orang tahu yang kota Paris ini kota cinta dan fashion. Aku tak faham kenapa diorang gelarkan mcam tu. Sebab tu aku teringin nak pergi tengok masyarakat dia ni berfashion. Mana tahu mak cik-mak cik pergi pasar nak beli sayur pakai vogue giler kan. Lepas tu aku tertarik dengan bangunan-bagunannya yang nampak klasik. Klasik itu menawan ok.
Banyak sebenarnya tempat yang aku nak pergi seperti Itali, India, Istanbul dan macam-macam lagi. Cuma dah penat nak menulis. Apa-apa pun tak semua benda yang kita nak dapat melainkan kalau kita usaha. Lagi-lagi aku ni student. So, perbelanjaan apabila nak melancong merupakan satu halangan terbesar. Sebab tu kumpul duit yang JPA bagi untuk melancong. Wahaha..Salah gunakan duit biasiswa tuh.. Tak kisahlah asal alah satu tempat tu dapat pergi. Sekian ^.^
moga tercapai ye dear :) hehe.. dapat melancong oversea pon best jgk
ReplyDeletehopefully la kan.. hehe..nak ke oversea kena kumpul duit dulu..
Delete